Saturday, May 19, 2012

SaNdAran TaRBiaH

بسم الله الرحمن الرحيم

(Label : Muhsinatul Bathiniyyah)


SeDeTik , HatI Ini TiBa - TiBaNya MerinDui MaNiSnYa TarBiaH
~ TErutamaNyA Di AsPuri PeNUh keNangaN ~



Bangun setip hari seawal 5 pagi , 
AlMa'thurat wajib setiap hari , 
Setiap hari wajib ada walau satu solat sunat , 
Tiada televisyen yang penuh lagha dan maksiat , 
Ilmu ilmu dan ilmu walaupun penat , 
Hati dibajai tazkirah setiap hari walaupun محل (tempat) nya penuh padat dan sempit يعني musolla aspuri , Ada bi'ah solehah , 
Suasana pergaulan dengan ajnabi yang sangat terjaga , 
Dan sudah tentu sekali sahabat sahabat solehah yang sukar kujumpa ditempat lain selain di bumi ilmu itu ,
Kehidupan yang penuh sempurna sebagai ibadurRahman ..
~ Rindu , syuq ~

Namun , setiap pertemuan , pasti akan ada perpisahan di dunia .. 
Kerana yang kekal abadi hanya di SYURGANYA ..

Setelah meninggalkan bumi penuh kenangan itu ,
Tarbiah demi tarbiah di sana ,
Tenggelam timbul dari diri ini ,
Diri ini rindu ,
Diri ini ingin ditarbiah lagi ,
Namun , tak mungkin aku kembali ke sana dengan berstatuskan pelajar ,
Kerana takdirku telah pun berada ,
Di sini ..



Tafakkurku sejenak ,,
Bagaimana duhai diri ,
Dirimu makin lemah ,
Pesona islam dan iman makin disaluti jahiliah noda ,
Makin longlai langkahmu untuk hidup ,
Cara hidupmu tidak melambangkan dirimu musafir di bumiNYA ..
~ Ya Allah ~

Dan ,
diri ini menggapai satu titik tumpu ,
Bahawa sebenarnya ,
Tarbiah itu bukan ada di tempat lain ,
Bukan di aspuri ,
Bukan di sekolah semata mata ,
Tetapi ,,

TARBIAH ITU ADA PADA DIRIMU SENDIRI ,
~ GERAKKAN TARBIAH ITU ~

Yaa ! Itulah kuncinya .. 
Andai kau letak kunci pada tempat lain yang fana ,
Engkau kan turut fana ,
Namun andai kau letak kunci itu pada dirimu ,
Yang sentiasa bersamamu walau di mana ,
Dan kau mohon kunci itu Allah jaga ,
PASTI , KAU AKAN KUAT JUGA !

Dengan lafaz ,

بسم الله الرحمن الرحيم



LETAK TARBIAH ITU PADA DIRIMU ,
DAN BERGERAKLAH !
~ ALLAH DI SISIMU ~

.. Andai rebah , kembalilah lagi padaNya ..
Jangan putus asa ,
Kerana setiap yang baik akan ada saat futur ,
Dan setiap yang jahat juga ,
Dan yang akan selamat dan bahagia ,
Hanyalah yang dalam futurnya ,
Dia masih kembali pada Allah ,
Walau bagaimana sekalipun..

Wallahua'lam ..
Wana'udzubillah min syururi anfusinaa ..

__________________________________________________________________









No comments:

Post a Comment